
|
The Intro
![]() My love
![]() Credits!
![]() ![]()
| cinta ,, ohh myy .. Thursday, 12 January 2012 • Permalink • Add comment {0} # sifat cinta cinta itu suci , mahal dan tinggi tarafnye . sifat cinta itu sempurna . jika tidak , cinta akan cacat . itulah cinta sebenar . # cinta wujud sejak dilahirkan rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia . cuma manusia akan melalui tahap tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu , membawa kepada cinta kepada keksih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci , maka akan cinta kepada Tuhan wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih . # cinta bersedia bila sampai masanya di setiap tahap tahap cinta , maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu . pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta , lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi . sedia untuk mengikat setia serta saling memahami . setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta . sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai . # cinta itu indah walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat , tetapi cinta itu indah dan cantik . cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng . bukan saja ia cantik malah suci murni , bercahaya gemerlap dan putih bersih . # cinta itu mengharap balasan cinta antara manusia itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya , untuk bersatu kembali . kehendak itu timbul balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima . # cinta itu manakluki sifat cinta itu ingin menguasai . dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya . dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain . sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai . tapi , dalam pada ingin menakluki , ia juga ingin ditakluki sepenuhnya . # cinta itu mengetahui pada asasnya sebenarnya cinta itu menetahui . orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya . cinta tidakperlu bertanya . manusia boleh tanpa membaca ilmiah atau tentang cinta . mereka tahu apa yang perlu dilakukan . tapi , cinta cuma tahu bercinta . ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan . # cinta itu hidup cinta adalah ibarat manusia , boleh berputik , lalu mekar serta boleh layu dan gugur . cinta itu punya deria dan perasaan . cinta mendengar cinta , berkata cinta , melihat cinta . cinta ada segala-galanya . sayang , benci , cemburu , gembira , sedih , tenang , tertekan , ketawa dan menangis . cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati . tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati . # cinta itu mempesona cinta itu bukan saja indah , tapi mempersonakan , ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih . ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih . dia senyum pada anda dan merapati anda . anda terpesona kerana bukan saja ianya comel , tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa . kerana sifat cinta yang mempersona kerana bukan saja ianya comel , tapi kerana dia adlah insan yang tidak berdosa . kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bercinta . apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya . . . mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adlah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri . itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana , akan menjadi bodoh kerana pesona cinta . akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu . nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta . # apakah itu bukti cinta ? cinta perlukan bukti . ramai orang percaya bahawa bukti cinta ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu . mereka percaya jika itu tidak berlaku , maka cinta itu tidak tinggi nilainya . sebenarnya anggapan itu tidak tepat . jika anda beri semua yang dia mahu , apakah memusnahkan atau merosakkkan diri kekasih dicintai . malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri . |